Tuesday, 27 February 2018

Program Senamrobik Bersama Milo

Sarapan merupakan perkara paling penting untuk semua orang menjalani aktiviti seharian. Oleh itu, pihak NESTLE telah mengambil inisiatif untuk menyebar luaskan betapa pentingnya pengambilan sarapan untuk pembekalan tenaga kepada pelajar semasa di sekolah.

Pada 27 Februari 2018, pihak NESTLE telah datang ke sekolah untuk menjalankan satu program iaitu Senamrobik Bersama Milo.

Antara aktiviti yang dijalankan adalah seperti sesi pemanasan badan, senamrobik (dikendalikan oleh pihak Milo dan pelajar), program 1m1s, tayangan video, minuman Milo percuma dan pemberian cenderahati kepada pelajar.

Pihak sekolah amat menghargai kerjasama daripada pihak Nestle tentang kesedaran bersarapan dan amalan hidup sihat.











No comments:

Post a Comment