Wednesday, 20 September 2017

Pada 20 September 2017, Sekolah Kebangsaan Seri Mendapat telah mengadakan Majlis Penutup bagi sambutan Hari Kemerdekaan. Pelbagai aktiviti telah dijalankan sepanjang majlis tersebut.

Antaranya ialah senamrobik, larian Merdeka, pertandingan lagu patriotik oleh penyanyi cilik, deklamasi sajak, pertandingan poster, pertandingan mewarna, pertandingan hias basikal, pertandingan basikal lambat dan pelbagai lagi.

Acara ini telah dirasmikan oleh Tn Hj Zulkifli bin Elias, Guru Besar Sek Keb Seri Mendapat. Semua pelajar dan warga sekolah telah bersama-sama dalam memeriahkan majlis ini.













No comments:

Post a Comment