Sambutan Hari Sukan Negara telah diisytiharkan pada setiap
Sabtu minggu kedua bulan Oktober setiap tahun. Sambutan Hari Sukan Negara ini
merupakan suatu inisiatif Kementerian Belia dan Sukan di mana ia adalah satu
langkah pro aktif didalam proses transformasi ke arah mencapai hasrat
menjadikan Malaysia sebagai sebuah 'Negara Bersukan' (Sporting Nation).
Oleh yang demikian, SK Seri Mendapat tidak melepaskan
peluang untuk meraikan Hari Sukan Negara yang diadakan bagi peringkat sekolah.
Hari Sukan Negara ini telah diadakan pada 8 Oktober 2016 (Sabtu).
Antara aktiviiti yang dijalankan ialah Senamrobik, Bola
Jaring, Badminton dan Bola Sepak. Aktiviti bermula pada pukul 8.00 pagi dan
berakhir pada pukul 10.30 pagi. Sambutan ini disertai oleh pelajar Tahun 3, 4,
5 dan 6.
No comments:
Post a Comment